My Ujana app for iPhone and iPad
Developer: JABATAN DIGITAL NEGARA (JDN)
First release : 16 Nov 2015
App size: 31.59 Mb
My Ujana merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) . Applikasi ini adalah kesinambungan dari sistem eLandskap yang diwujudkan bagi mencapai matlamat JLN dalam mempromosi gaya hidup sihat melalui penyediaan taman-taman awam, kawasan-kawasan hijau dan pembangunan landskap.
Ujana, mengikut definisi Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud taman yang luas (English : parks) Sesuai dengan nama ini, applikasi ini memudahkan pengguna mencari dan mendapat arah berkaitan taman-taman dan kawasan hiasan landskap sekitar yang berdekatan. Aplikasi ini menyenaraikan taman-taman sekitar menggunakan teknologi ‘Location Based Services’ atau GPS. Taman-taman juga disenaraikan mengikut negeri, kawasan dan kategori.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat umum taman-taman tersebut seperti nombor untuk dihubungi, deskripsi ringkas dan gambar-gambar menarik. Applikasi ini menyokong Paparan Peta (Map View) yang membolehkan pengguna mendapatkan arah laluan ke taman-taman tersebut. Maklumat taman-taman tersebut juga boleh dikongsi dengan capaian mudah ke media sosial seperti Twitter dan Facebook. Selain itu, pengguna juga boleh membuat aduan jika terdapat kerosakan atau sebarang isu berbangkit berkaitan taman-taman tersebut melalui capaian mudah ke emel dan telefon.